Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

Jom cuba resepi baru: Roti telur inti ketam.

Photo0007

Kebelakangan ni agak tidak berkesempatan untuk masak sarapan yang berat-berat. Bila google, tetiba jumpa resepi ni. Sesuai untuk sarapan atau waktu 'emergency' tengah lapo..


Bahan-bahan ( Untuk 2 orang )

  • 4 keping roti
  • 2 keping cheddar cheese
  • 2 biji telur
  • 3 stik isi ketam...hiris halus
  • 1 biji lobak merah...dadukan
  • 1 biji bawang besar...dadukan
  • Serbuk ayam (tumix)
  • Marjerin planta...untuk tumis,sapu pada roti
  • Sedikit sos cili dan mayonis

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit planta,tumis bawang besar,lobak dan isi ketam. Bila garing sikit,tambah tumix. Kacau rata..rasa.
  2. Bila dah rasa ok, pecah 1 biji telur. Kacau rata. Tutup api, ketepikan.
  3. 1 biji telur lagi dipukul ringan.
  4. Sapu 2 keping roti dengan planta. Ambil 1 keping roti, letak inti ketam. Picit sos cili dan mayonis. Macam buat burger..
  5. Letak 1 keping keju cheddar. Tutup dengan roti yang disapu planta tadi. Pegang elok2. Celup ke dalam telur. Letak atas kuali non-stick. Goreng sampai garing kedua-dua belah. Tekan2 supaya keju cair.
  6. Potong 2. Buat satu set lagi. Sedap makan panas2.



Dikongsikan oleh Umi comel. =)


Thursday, February 24, 2011

Telefon bimbit boleh jejas aktiviti sel otak



Metabolisme glukos meningkat di bahagian hampir antena


CHICAGO: Tempoh 50 minit untuk bercakap menerusi telefon bimbit yang dilekapkan di telinga, sudah cukup bagi menukar aktiviti sel otak yang paling hampir dengan antenanya.

Bagaimanapun, saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), berkata sama ada keadaan ini akan menyebabkan sebarang kerosakan belum dapat dipastikan. Ia juga dijangka tidak dapat menyelesaikan kebimbangan dan andaian bahawa penggunaan telefon bimbit mempunyai kaitan dengan penyakit barah otak.
“Apa yang dapat kami lihat ialah metabolisme glukos meningkat di dalam otak seseorang yang terdedah dengan telefon bimbit dan paling ketara di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit itu,” kata pakar NIH, Dr Nora Volkow. Penyelidikan beliau diterbitkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.


Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti reaksi otak terhadap medan elektromagnetik yang berpunca daripada isyarat telefon tanpa wayar.

Volkow berkata, beliau terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetik yang lemah dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak, tetapi kajian itu tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit menyebabkan barah.

“Kajian itu tidak memberi petunjuk sedemikian. Apa yang dilakukan kajian ini ialah untuk menunjukkan bahawa otak manusia adalah sensitif kepada radiasi elektromagnetik akibat penggunaan telefon bimbit. Penggunaan telefon bimbit meningkat secara dramatik sejak peranti itu diperkenalkan pada awal hingga pertengahan 1980-an dan kini 5 bilion telefon bimbit digunakan di seluruh dunia.

Sesetengah kajian mengaitkan penggunaan telefon bimbit dengan peningkatan penyakit barah otak tetapi kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat memberi keputusan muktamad.

Pasukan Volkow membuat kajian ke atas 47 orang yang menjalani imbasan ketika telefon bimbit digunakan selama 50 minit, manakala satu kumpulan lagi diimbas ketika telefon bimbit dimatikan. – Reuters




Tuesday, February 22, 2011

Kelantan Sedia RM1.5 Juta Galak Pasangan Muda Kahwin


Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan)

- Kota Bharu, 16 Februari 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia).



Friday, February 18, 2011

Ayah pada Jumaat.

Usai sahaja bersalaman dangan para jemaah selepas solat Jumaat sebentar tadi, tangan terus menyeluk poket seluar dan mengeluarkan not RM1 untuk dimasukkan ke dalam tabung Jumaat yang diletakkan di pintu keluar masjid.

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi diri ini untuk menyediakan duit untuk dibawa setiap kali solat Jumaat walau hanya 20 sen. Itu contoh kesan didikan dari ayah.

Sambil menunggang motosikal balik dari masjid sebentar tadi, tiba-tiba terkenang memori zaman sekolah dulu. Setiap kali ayah selesai solat sunat ba'diah Jumaat, saya akan berlari ke arah ayah untuk bersalaman. Tiap kali itu juga tangan ayah tidak lupa menyelitkan not RM1 atau RM2 ke tangan ini utk dimasukkan ke dalam tabung masjid.





Saturday, February 5, 2011

Doa Pengasih




Dalam hadis riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi s.a.w agar berdoa kepada Allah supaya diberikan hidayah kepada ibunya agar memeluk Islam. Berkat doa Nabi yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu kepada Abu Hurairah telah memeluk islam akhirnya. Beliau kemudiannya meminta Nabi s.a.w berdoa kepada Allah agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang beriman. Nabi telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan - "wa ummahu" (dan ibu Abu Hurairah), selepas kalimah "abdaka hadza". Hasil doa Nabi, setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah.

Untuk Pendo'a Lelaki:


أَللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين


Allahumma habbib 'abdaka haza ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin.

"Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman"

Untuk Pendo'a Wanita:

أَللَّهُمَّ حَبِّبْ أَمَتَكَ هَذِهِ اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين

Allahumma habbib amataka hadzihi ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin.

"Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman".


Selain doa di atas, elok sangat jika diamalkan juga doa ini ketika menilik di cermin:


أَللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِى فَحَسِّنْ خُلُقِى وَاجْعَلْنِى مَحْبُوبًا فِى قَلْبِ........../ قُلُوبِ النَّاسِ بِبَرَكَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه

Allahummakama hassanTa khalqi fahassin khuluqi waj'alni mahbuban fi qalbi.........../ qulubinnaasi bibarakati Laa ilaaha illaLlaahu Muhammadur RasuuluLLaah.

Ya Allah, sebagaimana Tuan Hamba cantikkan rupa hamba maka cantikkanlah juga akhlak hamba, serta jadikanlah hamba ini dikasihi pada hati............... / hati² manusia, dengan berkat kalimah La ilaha illa Llah Muhammad ur RasuluLlah.

* Tempat yang berdot³ tu boh la nama si dia dehh! kik³~

....Dan yang penting, betulkan niat serta ikhlaskan berdoa....dan, jangan boh nama ambo kat dot³ tu dehh! senyumm~


Sumber ehsan dari: Perinduketelusan II





Wednesday, February 2, 2011

Kamu adalah apa yang kamu makan.



Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

Yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

::Setiap makanan yang diberikan kepada isteri dan anak-anak hendaklah makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang syubhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

::Rezeki yang halal bukan
sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sihat dan akhirnya mendorong seseorang ke arah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat.



Tuesday, February 1, 2011

Perlukah kita menjadi sempurna untuk bahagia?

:: Setiap manusia pasti mempunyai impian dan harapan untuk mendapat pasangan yg membahagiakan. Bila ditanya kebahagiaan yang bagaimana yang mereka mahu, setiap orang akan memberikan jawapan subjektif yg berbeza.

:: Retoriknya, semua ingin pasangan yang baik, memahami, pelindung, sopan, sesuai, bijak, penyayang dan mempunyai seribu satu macam sifat mahmudah lain. Pendek kata mereka mendambakan pasangan yang sempurna. Saya juga mendambakannya. Namun kesempurnaan yang macam mana sebenarnya yang selalu kita maksudkan?

:: Adakah sempurna itu juga diukur pada pasangan yang kaya dan berjawatan, pasangan yang cantik dan kacak, atau yang bernama dan sebagainya.

:: Hakikatnya, berapa ramai pasangan yang kelihatannya macam sempurna diawal hubungan, namun terlibat dengan skandal, cerai berai, gaduh, dipukul, dan akhirnya menyesal dengan keputusan yang pernah dibuat ketika memilih pasangan mereka sebagai teman hidup.

:: Maka, jelaslah bahawa keluarga yang bahagia bukan dibentuk dari pasangan yang sempurna, tapi ia terbentuk bila dua pasangan yang tidak sempurna bertemu memenuhi kekurangan masing-masing untuk mencapai kesempurnaan.