Sunday, May 11, 2008

KURSUS KEPEMIMPINAN SRI AL AMIN KL


Pagi tadi KHAZA dan Husni mewakili Zafran Management memberikan talk di SRI al-Amin KL mengenai kepimpinan dalam diri pelajar hari ini. Paserta terdiri dari kalangan pengawas,pustakawan,ketua kelas dan pembantu2 mereka. Seronok betul jumpa adik2 di Al Amin. Comel2 belaka semua.

KHAZA sempat le berkongsi pengalaman bersama adik2 tentang sejarah penjawatanan KHAZA di zaman2 bangku sekolah dulu. KHAZA pernah menjawat hampir kesemua bentuk jawatan sejak bertadika sampai Form 6. Bukan KHAZA mintak, tapi dah peluang ada, why not kita grab that opportunities kan? Kita belajar dari pengalaman. Dari serendah2 jawatan sampaikan setinggi2nya pernah KHAZA jawat.

KHAZA ingat lagi KHAZA kene in charge jadi ketua AJK kebersihan tandas sekolah. KHAZA pegang jawatan tu untuk 2 sekolah, SMAD KLANA dan SMKA SHAMS. Bila difikirkan smula, kelakar pun ada jugak. Tapi dalam masa pimpinan KHAZA tu, SMKA berjaya merangkul anugerah 3K dan sekolah contoh. Dapat la nama jugak. Huhu. (^,^) Tandas pada masa tu memang sentiasa bersih dan menarik dan menjadikan pelajar sering ke tandas. Ni la keburukannya, tak tau kenapa budak masa tu minat betul lepak kat ‘rumah rasmi setan’ tu. Tapi pada masa tu, KHAZA bangga pegang post ni sebab KHAZA pernah dengar 1 ustaz ceritakan mengenai seorang Imam besar yang selalu membersihkan tandas pada waktu yang tak dilihat dan tak diketahui orang. Alasannya adalah kerana membersihkan tandas umpama membersihkan hati2 kita yang kotor, boleh tingkatkan hafalan lagi. Dan banyak pengajaran lainnya.

Untuk post ketua kelas tak usah cakap la. Setiap sekolah KHAZA pernah jadi ketua kelas. Banyak pengalaman pahit manis yang dapat dicipta. (^,^)

KHAZA pernah ditawarkan jawatan Ketua Umum semasa di Form 6, tapi KHAZA tolak kerana KHAZA masuk form 6 tu kejap je, 3 bulan je, sebab KHAZA dapat tawaran yang lebih baik di IPTA. KHAZA tak nak susahkan pihak sekolah kelak,so KHAZA just pegang post pengawas biasa jer masa form 6.

Masa sekolah rendah, KHAZA pernah sandang jawatan Ketua Umum Syabab Fatayat (mcm pengakap la jgk..), ajk koperasi sekolah, ketua kelas, dan banyak lagi. (lama dah. Da tak ingat..) masa sekolah rendah ni la pengalaman pertama KHAZA menyertai pertandingan bercerita wakil sekolah dan melukis. Dapat no 1 lak tu. Masa tu memang diluar jangkaan sungguh. Disinilah bermulanya segalanya.

Masa menengah rendah, KHAZA pegang post pustakawan, ketua kelas, pemidato dan ajk bagi beberapa kelab dan persatuan (tu je yang KHAZA ingat =p ).

Kat Menengah Atas (form 4,5) KHAZA pindah ke SMKA SHAMS. Environmentnya agak asing bagi KHAZA. Tapi pepatah ajar “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum”. Ada la beberapa jawatan lain yang KHAZA pegang sebelum dilantik jadi pengawas masa tu. KHAZA satu-satunya pengawas lelaki yang duduk luar masa tu.

Zaman ni antara zaman kegemilangan debat dalam diri KHAZA. KHAZA satu satunya pendebat lelaki sekolah. Poyo gak rasanya masa tu sebab debat ni umpama untuk golongan ‘elit’. Sekolah kami sering menjadi sebutan dan digeruni dalam arena pendebatan (selepas SMAP Labu dan TKC keluar dari zon kami.). Cuma caturan politik dalam badan pelaksana membantutkan kegemilangan kami. Kami tak dapat pergi ke peringkat kebangsaan kerana ramai yang tak suka kewujudan kami dalam arena debat. Kerana kami bagai mendominasi kejohanan. (Hehe, macam tak puas hati je..kuikui)...
Ketika ni jgk, KHAZA jadi pengasas Kelab Bola Keranjang sekolah dan pegang jawatan tertinggi dalam kelab. Mujahadah la jugak nak tubuhkan kelab tu. Sekarang ni KHAZA tak tau la ada lagi ke tak kelab tu. Masa form 6, sebelum kuar sekolah, KHAZA sempat join Pidato BPR. Masa tu memang KHAZA jadi bidan terjun je. (^,^)

Ha..tu la sebahagian latihan kepemimpinan yang KHAZA dapat masa zaman sekolah. Sekadar pengongsian dengan adik2 yang dikasihi.

Ni la akibatnya parent KHAZA menamakan KHAZA dengan nama yang bermaksud pemimpin. Maksud nama penuh KHAZA ialah Pemimpin Mulia Terpuji. Dengar macam hebat kan? Tapi KHAZA masih dalam pembelajaran dengan alam, banyak kelemahan dan kecacatan dalam pengurusan. Alam sentiasa berubah, tapi tujuan hidup kita jangan sesekali diubah dari landasan kebenaran..

Sebagai pemimpin, kita perlu banyak belajar dari air. Resam air sangat rendah diri. Bila mereka berada dilangit, mereka sanggup turun ke bumi (hujan) dan mengairi bumi yang tandus.hujan sering dikatakan sbg rahmat. Air mengalir sepanjang sungai dan beri kemudahan pada alam dan manusia itu sendiri. Mereka tak bertakung semata2, kalau bertakung pun, mereka sentiasa penuh dan bermanafaat. Batu pun boleh dilembutkan oleh air. Namun, air bukan lemah. Air mampu memusnahkan Bandar dan Negara dalam sekelip mata sahaja (tsunami)…