Friday, June 12, 2009

Saranan dalami Feqah Siyasah.

SUNDAY, 07 JUNE 2009 08:47
SHAH ALAM, 7 Jun - Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi AWang dalam ucapan pergulungan beliau menyatakan setiap muslim sewajarnya mendalami imu-ilmu feqah yang ada dalam agama.
Beliau yang berpendapat bahawa majoriti umat Islam hari ini mempelajari ilmu feqah hanya berlegar di sekitar ilmu feqah, ibadat, muamalat dan munakahat sahaja.

'Jarang sekali mereka mendalami ilmu feqah dakwah, apatah lagi feqah Siyasah. Iaitu ilmu feqah yang berkaitan politik Islam yang pernah dilaksanakan oleh nabi s.a.w. dan khalifah-khalifah Islam yang lain selama pemerintahan mereka," luahnya.

Tambah beliau yang menyarankan agar Ilmu siyasah seperti ini perlu didalami oleh umat Islam supaya mereka mengetahui cara untuk memerintah sejajar dengan acuan Islam.



Saya bersetuju dgn pandangan beliau. Sebab saya pernah berjumpa dgn org yg prejudis dan skeptik dgn politik Islam. "Buat apa la ko nak sibuk2 tau tentang politik, belajar pun tak habis lagi..." kata mereka. Kesian. Mereka cuma nampak ilmu itu dalam kaca mata barat. Nampaknya kebanyakan sistem barat yang digunapakai dalam negara kita sangat berkesan untuk membodohkan umat, terutama dlm sistem pendidikan. Sudah pandaikah mereka apabila menghalang kita dari menambah ilmu realiti?
Saya bukan seorang yang minat politik, namun keadaan semasa memaksa kita semua untuk berpolitik. Sedar auat tidak, kehidupan seharian kita penuh dgn politik (dalam erti kata yang general). Namun politik bukan segalanya. Islam ada menggariskan panduan buat kita. Cuma tinggal kita nak mengamalkannya atau tidak...

No comments: