Saturday, June 21, 2008

Ulasan ringkas Majlis Sambutan 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru – Selangor

"Pemerintah adil pemerintah di julang, pemerintah zalim rakyat dikecam".

*Sila baca dari sudut pandangan rakyat ye, bukan dari sudut pandangan mana2 parti. (Khaza tulis ni ikut apa yang teringat nak tulis je tau..).


Malam tadi, nombor 100 umpama nombor keramat bagi 4 buah negeri di Malaysia. Tempoh 100 hari memang tidak memadai untuk menilai prestasi dan effectiveness sesebuah pemerintahan baru seperti 4 kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Namun, inilah sebahagian dari sifat pemerintahan untuk rakyat. Perjumpaan pemimpin bersama rakyat semalam berlangsung dalam keadaan sederhana dan meriah. Ia bertujuan memaklumkan rakyat bahawa usaha kerajaan Pakatan Rakyat selama 100 hari ini berada di ‘landasan rakyat’. Beberapa tuntutan jangka pendek yang terkandung dalam manifesto telah dipenuhi. Bersyukurlah rakyat yang berada dibawah pimpinan pemimpin adil dan bersih.
Khaza sempat meluangkan masa bersama seorang sahabat untuk ke Stadium Shah Alam malam tadi untuk hadir dalam
Majlis Sambutan 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor.
Bertemankan ‘buraq’ belaan Khaza, Honda Wave 125, kami pecut dari Gombak ke Shah Alam tepat pukul 6 petang dan perjalanan memakan masa 1jam tepat. Sesampai je kat sana, Khaza dengan bangga mengumumkan, ketibaan Khaza di bumi Stadium Shah Alam buat julung kalinya (1st time le..). Kehadiran malam tu memang sangat menggalakkan. Cina, India dan Melayu dari Selangor memenuhi hampir keseluruhan stadium.
Bagi Khaza. tempoh 100 hari bagai menjadi saksi bagaimana Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor berjaya mengharungi 100 hari pemerintahan yang penuh asakan dan dugaan dari pihak yang ‘bencikan kebajikan rakyat’. Setiap mereka mempunyai pendekatan tersendiri untuk menghadapinya secara bijaksana,dalam ruang lingkup bidang kuasa dan kewangan yang terbatas.
Bercakap mengenai pemimpin berjiwa rakyat, Khaza tertarik dengan ucapan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat a.k.a bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6, Pak Cik Anwar Ibrahim dalam majlis malam tadi. Dalam kaca mata Khaza, Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat benar2 telus dan tulus dalam membasmi rasuah dalam negeri masing2. Mereka mengenepikan kepentingan diri untuk mengutamakan kepentingan rakyat. Antara usaha mereka dalam membunuh aktiviti yang menjurus kearah rasuah di Malaysia ialah:
1. Pimpinan tidak dibenarkan terlibat dalam perniagaan.
2. Mereka juga tidak menukar kereta rasmi kerajaan yang baru.
3. Mengadakan sambutan kerajaan secara sederhana.
4. Dan sebagainya (ni je yang Khaza ingat, tapi banyak lagi..).

Apa yang menarik sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat, sikap keterbukaan kerajaan Pakatan Rakyat ini sangat asing bagi kerajaan sebelum ini. Suara dan keluhan rakyat didengar terus oleh pimpinan tertinggi dan pemimpin tidak ‘jobo’ dengan pangkat. Khaza berharap sangat agar rakyat memberi masa dan ruang kepada negeri Pakatan Rakyat kerana tempoh 100 hari adalah terlalu awal. Mungkin ada banyak halangan yang menyukarkan mereka untuk melaksanakan apa yang dituntut rakyat kerana ada halangan dari segi undang2. Maklumlah, ramai je golongan2 yang ‘dengki dgn rakyat’.
Bagi kepimpinan di bahagian BN (ingat! mereka ni cuma 1 parti, bukan kerajaan mutlak), dato’- dato’ semua kene sedar, Dato’ dapat pangkat bukan 1 anugerah, tapi itu 1 amanat yg membebankan sebenarnya. Seluruh hidup perlu diserah untuk kepentingan rakyat. Kalau benar parti yang ada tu dah tak relevan, Khaza nasihatkan beralih lah ke parti yang relevan supaya hak rakyat tak ditindas. Sedarlah pakcik makcik di dalam semua parti politik. Perjuangkan lah hak rakyat. Khaza ramai kawan2 dari kalangan pendokong2 BN. Mereka sendiri hari ini meragui kewujudan BN. Kalau dulu, minum air pun nak dari botol yang ada lambang parti, tapi hari ni nak pakai pakaian dan topi berlambangkan BN pun malu.
Khaza bukan taking or siding one particular party, tapi Khaza pun rakyat. Khaza bercakap dari sisi pandangan rakyat yang terbuka. Khaza tak tau la kalau ada pihak yang menafikan kerakyatan Khaza di Malaysia ni. Kalau kerajaan Pakatan Rakyat buat salah, kita tegur ikut saluran yang betul. Begitu jgk dalam kerajaan BN. Tapi bila dah tegur tu, kene berani la amik risiko sebab ada kerajaan yang bencikan ‘suara rakyat’. Walau pun kita menegur cara baik, kalau tak da kepentingan parti, kemungkinan kita balik yang akan dipersalahkan nanti.(^,^) fuhh~.. Bahaya betul keadaan macam ni. Rakyat hidup dalam keadaan takut…
Khaza hormat semua pemimpin, selagi mana mereka benar2 bersikap sbg seorang pemimpin.
Tertarik dengan kata2 roomate Khaza, “kita perlu berminda pemerintah”. Maksudnya, kita perlu mempunyai pemikiran seorang pemimpin atau pemikiran kita perlu seperti pemikiran pemimpin.
Ucapan YB Dato Dr Hasan Ali pada malam tadi pun begitu bersemangat dan menyentuh jiwa rakyat. Maklumlah, ucapan dari seorang motivator. Beliau menyebut bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan dan sedang berusaha membangunkan bukan sahaja physical development, bahkan juga intellectual dan spiritual nya terus dipacu kearah kecemerlangan.
Dalam pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat ni, mereka tidak memilih bulu (parti). Mereka cuba menggunakan sebaik mungkin ‘asset’ yang dimiliki Selangor. Tugasan2 yang dirasa mampu dan layak dipikul oleh asset (person in charge), akan diserahkan kepada mereka tanpa mengira warna parti asset. Yang penting, mereka benar2 berkhidmat untuk rakyat. Jelas disini budaya elimination of kronimisme yang ada dalam kerajaan sebelum ini.
Banyak lagi yang Khaza nak sentuh tentang perjalanan majlis malam tadi untuk dikongsi bersama sebenarnya ,antaranya, penghuraian dan penerangan mengenai usaha dalam agenda merakyatkan ekonomi dan pembangunan N. Selangor. Khaza lihat agenda tersebut sangat menguntungkan rakyat dalam setiap peringkat umur. Bayi,pelajar,belia,orang kebanyakkan,dewasa, dan warga emas semua mempunyai bahagian dalam agenda tersebut. Itu baru FASA 1 dalam pentadbiran baru ini. apa lagi kemudahan yang dapat rakyat terima? Sama2 lah kita nantikan... untuk keterangan lanjut boleh la layari terus www.selangor.gov.my...
Ok lah. Khaza ada kerja lain sekarang. Yang baik kita amik, yang buruk kita murnikan atau tinggalkan terus.
Pernah dengar tak pepatah Leiden Is Lijden? Ha..kalau nak tau apa maksudnya, baca ler entri seterusnya yang berkaitan wajah sebenar kepemimpinan.

No comments: