Tuesday, April 21, 2009

JAMBANMU mula menyerang

Virus merupakan perisian yang dihasilkan bertujuan untuk mengangu kelancaran sesebuah komputer yang dijangkiti. Kini terdapat banyak virus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit menjangkiti komputer pengguna.

Virus yang terkini yang telah menjangkiti banyak komputer di negara ini adalah virus Jambanmu. Virus Jambanmu ini adalah dari katogeri Trojan Horse. Virus ini membawa kandungan yang boleh memperlahankan sesebuah komputer yang dijangkiti. Sesebuah komputer boleh dijangkiti dengan virus ini melalui Thumbdrive.

Apabila sesebuah komputer telah dijangkiti, beberapa fail yang terdiri daripada fail .htm dan exe akan disalin kekomputer tersebut. Fail .htm yang bertajuk read_me.html mengandungi pelbagai perkataan yang kurang enak dibaca.

Selain daripada fail .htm virus Jambanmu ini juga akan menyalin dua fail iaitu Flash.10.exe dan Macromedia.10.exe

Virus Jambanmu ini juga akan menghalang perisian Registry Editor daripada dibuka.

Pengunaan arahan CMD juga turut dihalang.

Komputer yang dijangkiti akan kehilangan menu Folder Options

Dan juga arahan menu pencarian.

Thumbdrive yang dijangkiti juga akan ditambahkan menu scan for virus yang sebenarnya akan memindahkan Virus dari Thumbdrive ke komputer pengguna

Didalam Thumbdrive yang dijangkiti juga terdapat arahan-arahan yang akan mengubah arahan menu Explore dan Open kepada arahan menyalin Virus ke Komputer pengguna.

Oleh kerana kesemua teknik pembuangan Virus melalui arahan komputer telah dihalang, cara yang paling mudah untuk memadam virus tersebut adalah dengan menggunakan perisian KillFlash10

Ianya boleh dimuat-turun disini. http://www.filedropper.com/killflash10 Setelah perisian dijalankan, komputer perlu di mulakan semula untuk keseluruhan proses lengkap.

Sebagai langkah berjaga-jaga anda bolehlah memuat-turun perisian anti virus yang mempunyai pelindungan virus Jambanmu seperti AVG.

No comments: